JOM!!! SHARE...

...pengunjung...

Radio Internet Sabahan-KinabaluFM

Thursday, November 17, 2011

Cerita Benar dan pengajarannya

Cerita ini saya petik dari salah sebuah laman sosial yang paling terkenal sekali, bukan setakat di Malaysia sahaja, namun di seluruh dunia. Ok, sementara anda membaca post di bawah ini, jangan lupa untuk berbual mesra bersama teman-teman di atas..

Kejadian semalam di luar Pasaraya Servey, Likas..

Perbualan diantara diriku dengan anak sulungku ketika selesai membeli belah di pasaraya tersebut dan sedang menunggu kehadiran suamiku yang menuju ke tempat letak kereta.
"Nah abang, tiada susu abang di kedai nie, nanti mami cari tempat lain k" sambil mengusap rambut anakku.

Tiba-tiba kedengaran suara sumbang menyampuk dari arah hadapan, ku lihat ada seorang lelaki (muka nampak tampan) duduk di kerusi sambil menghisap rokoknya bersama beberapa temannya.
"Ala, inda mati ba itu anak kalau inda menyusukan.... KAK???" sambil senyum kerbau dan menaikkan keningnya macam Ziana Zain di hadapan temannya.

Dan dengan selambanya serta senyuman paling manisku membalas kata-kata lelaki tersebut.
"Ya ba kan DIKKK, macam kau la, INDA MATI BA KALAU KAU INDA MEROKOK TUE..." dan aku dan anak ku berlalu pergi sambil melihat muka lelaki tersebut yang dah merah.. kedengaran sayup-sayup temannya menegur...
"BUDUH kau ini!! bagi soalan bonus, apa kau rasa... OREN??? wakakakkaka....

tamat

Pengajaran
1. Hormatilah orang disekeliling kita sebelum hilanghormat orang pada kita
2. Berfikir sebelum berkata-kata
3. Jangan menyampuk cakap orang yang tidak dikenali secara tiba-tiba...
4. Jangan memberikan soalan paling bodoh
5. Jangan berlagak ada anak (berpengalaman) jika memang kau ini masih bujang (belum berpengalaman pada hal-hal tersebut)

Jika terjadi pada anda, apakah anda akan lakukan?
Jika anda pernah mengalami pengalaman seperti ini, jangan lupa kongsikan, bukan untuk berlagak namun tujuan sebenar untuk mengingatkan sahaja.

Friday, August 12, 2011

Membina rumah baru..

Dah ada tanah?... dah ada modal buat rumah? jenis bagaimanakah rumah yang anda kehendaki? hmmm anda boleh tinjau di mana-mana laman web mengenai reka bentuk rumah yang anda suka... mungkin seperti gambar rumah di bawah ini...


Reka bentuk rumah di atas amat menarik perhatian anda bukan... mungkin menjaaadi idaman anda juga.... jika anda mahu ia di lukis di firma-firma ia akan menjadi mahal. Disini ada perkhidmatan untuk melakar rumah anda tersebut. Harganya pula boleh dirunding. Anda boleh hubungi di nombor 016-3797675 (Andey). Dalam rundungan tersebut juga anda perlu sediakan gambar kawasan tanah yang anda miliki dan juga keluasan tanah tersebut dan juga keluasan ruang  tanah rumah yang anda gunakan.

Friday, August 5, 2011

Membina Rumah

Setiap orang mengkehendaki rumah untuk perlindungan dari cuaca dan bahaya sekeliling. Rumah juga tempat merehatkan diri dari bekerja atau melakukan aktiviti harian diluar. Bagi yang berkeluarga, mereka akan tinggal serumah, namun apabila anak mereka sudah berkahwin mereka akan memiliki rumah sendiri. Bagi yang tidak mampu atau tidak mahu berpisah dengan keluarga, mereka masih lagi tinggal lagi bersama.

Rumah adalah penting, bagi yang mampu mereka akan membeli atau menyewa ataupun membina sendiri rumah mereka. Membina rumah tidak la sesenang anda sangka, ianya perlukan modal yang tinggi untuk mendapatkan bahan-bahan binaan. Itu belum termasuk segala tukang atau pekerjanya, tidak dilupakan tanah tempat bertapaknya rumah tersebut. bagi seorang arkitek dan engineer mereka  amat pakar dalam bidang pembuatan rumah ini, walaupun rumah sekecil reban ayam. Mereka perlukan perkara yang detail dalam hal-hal tertentu supaya di masa akan datang tidak akan terjadi perkara yang tidak diingini berlaku di kawasan tersebut. 

Senang bicara, perkhidmatan untuk membina dan melakar sebuah rumah adalah pakar bagi suami saya. Dia telah mempelajari subjek dan kemahiran tersebut melalui tajaan MARA. Dia telah menghabiskan 6 tahun untuk mempelajari kesemua itu. Sekarang dia sedang bekerja di sebuh firma yang khasnya untuk melakar rumah dan bangunan. Dan dia telah bekerja hampir 5 tahun dan telah mendalami atau mempelajari pelbagai perkara dalam menyelesaikan lakaran sesebuah rumah atau bangunan komersial. Projek yang dia pernah kendalikan adalah projek maktab, rumah guru, masjid, bangunan kedai dan rumah persendirian. Dia juga mahir dalam menggunakan sistem 3D di komputer. Dipendekkan bicara, jika anda hendak sebuah lakaran untuk rumah anda, boleh la hubungi saya di blog ini.