Tetiba di pagi ini, meledak secara tetiba entah mengapa. Kaluar perkataan makian wajibnya. Sengaja di besarkan suaranya supaya didengari seisi rumah. Bukan lagi serumah dengar, jiran sebelah pun dengar. Apa tidak, selang berapa langkah saja ke rumah sebelah. Nasib baik sedara, dan faham perangainya.
Saya yang duduk bersarapan, terasa tawar. Teruskan sahaja telan walau tiada rasanya. Seperti kehidupan ini. Tidak terasa keindahannya, namun terus berjuang demi kehidupan.
Entah sampai bila harus berkeadaan begini. Sampai Salah seorang dari kami tiada lagi dalam dunia ini. Adakah sehingga keadaan seperti itu. Ya dari luaran tiada masalah, namun hati ini rasanya sudah kecut tak bermaya, tiada tenaga teruskan kehidupan. Hanya fikiran pada anak yang mengepam hati dan perasaan ini kembali hidup.
Syukur, akal fikiran masih boleh berfikir. Selagi akal fikiran ada pada anak, hati dan perasaan terus hidup walau berada di hujung tanduk. Syukur akal fikiran berfungsi menghantar rasa simpati walau tidak lagi menghormati.
Hormat? Sudah lama menghilang. Kenapa mahu menghormati orang yang menyakitkan hati. Bukan sekali, berkali-kali. Tidak pernah serik. Egois juga sekali. Tidak menerima apa pun. Memberi ya. Tapi tidak seikhlas hati. Diungkit. Malah pandai kata mencuri, padahal dia yang memberi. Pertolongan juga tidak menerima. Katanya di setiap pertolongan ada maksud disebaliknya. Difikir ambil hatinya untuk ambil hartanya. Entah. Pertama kali didengari. Padahal kita hanya ingin merasa ada orang tua bersama kerana sudah berpisah dengan orang tua di kampung.
Bila masa nak bersama teman yang lain, nak berlakon hilangkan perasaan Dan fikiran pada perkara negatif ini, rasanya belum dapat lagi. Dunia ini adalah pentas. Begitu juga pentas alam maya. Tempat kita berlakon menjadi orang lain. Namun saya tak dapat buat seperti mereka. Lakonan saya asyik tidak menjadi. Saya asyik jatuh dalam perasaan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment