JOM!!! SHARE...

...pengunjung...

Radio Internet Sabahan-KinabaluFM

Thursday, November 17, 2011

Cerita Benar dan pengajarannya

Cerita ini saya petik dari salah sebuah laman sosial yang paling terkenal sekali, bukan setakat di Malaysia sahaja, namun di seluruh dunia. Ok, sementara anda membaca post di bawah ini, jangan lupa untuk berbual mesra bersama teman-teman di atas..

Kejadian semalam di luar Pasaraya Servey, Likas..

Perbualan diantara diriku dengan anak sulungku ketika selesai membeli belah di pasaraya tersebut dan sedang menunggu kehadiran suamiku yang menuju ke tempat letak kereta.
"Nah abang, tiada susu abang di kedai nie, nanti mami cari tempat lain k" sambil mengusap rambut anakku.

Tiba-tiba kedengaran suara sumbang menyampuk dari arah hadapan, ku lihat ada seorang lelaki (muka nampak tampan) duduk di kerusi sambil menghisap rokoknya bersama beberapa temannya.
"Ala, inda mati ba itu anak kalau inda menyusukan.... KAK???" sambil senyum kerbau dan menaikkan keningnya macam Ziana Zain di hadapan temannya.

Dan dengan selambanya serta senyuman paling manisku membalas kata-kata lelaki tersebut.
"Ya ba kan DIKKK, macam kau la, INDA MATI BA KALAU KAU INDA MEROKOK TUE..." dan aku dan anak ku berlalu pergi sambil melihat muka lelaki tersebut yang dah merah.. kedengaran sayup-sayup temannya menegur...
"BUDUH kau ini!! bagi soalan bonus, apa kau rasa... OREN??? wakakakkaka....

tamat

Pengajaran
1. Hormatilah orang disekeliling kita sebelum hilanghormat orang pada kita
2. Berfikir sebelum berkata-kata
3. Jangan menyampuk cakap orang yang tidak dikenali secara tiba-tiba...
4. Jangan memberikan soalan paling bodoh
5. Jangan berlagak ada anak (berpengalaman) jika memang kau ini masih bujang (belum berpengalaman pada hal-hal tersebut)

Jika terjadi pada anda, apakah anda akan lakukan?
Jika anda pernah mengalami pengalaman seperti ini, jangan lupa kongsikan, bukan untuk berlagak namun tujuan sebenar untuk mengingatkan sahaja.