JOM!!! SHARE...

...pengunjung...

Radio Internet Sabahan-KinabaluFM

Wednesday, December 28, 2011

Wallpaper

Bila dilihat dipandang Indahnya suasana,
Ingin ku tampal tapi apakan daya,
Hanya dapatku abadikan di alam maya,
Itu la dia ciptaan Ilahi tiada tandingannya.



Malam gelap dan menakutkan,
Namun cahaya lampu neon menghiasinya,
Janganlah hidup menjadi alasan,
Untuk berterima kasih kepada PenciptaNya,


Siang hari penuh dugaan,
Malam hari penuh cabaran,
Dugaan dan cabaran hiasi hidup kita,
Bagai lampu neon menghiasi malam yang gelap gelita.


Awan biru menutupi alam,
Awan putih sebagai penghiasnya.


Bila ia datang pasti akan hujan,
Bila cahaya mentari ditutupi awan hitam akan datangnya hujan,
Oleh itu, rancanglah perjalanan supaya tidak kehujanan.


Cermin itu adalah sebuah benda, yang bukan hidup untuk memperingatkan diri kita, hanya diri kita yang boleh ingatkan diri sendiri apa yang perlu dilakukan dan akan dilakukan.



Thursday, December 22, 2011

Bayi comel berkepala dua lahir di Brazil | borak kosong

Bayi comel berkepala dua lahir di Brazil | borak kosong

Subhanallah.. Maha Suci Allah yang menciptakan alam semesta... dari-Nya kita diciptakan... kepada Dia kita kembali... Ya Allah... melihat gambar dalam link di atas amat menakjub kan.. seorang bayi cukup sifat mempunyai 2 kepala...??? namun hayatnya tidak lama.. dia kembali dengan penciptaNya.. lihat betapa Berkuasanya pencipta alam ini.. jika dia nak.. hanya sebut "Kun Faya Kun..." maka jadi la perkara itu...

Melihat dari cerita dan gambar dalam link tersebut... bayi berkenaan di kesan mem punyai 2 kepala di saat2 dia hendak dilahirkan... persosalannya.. sebelum ini scanner tidak dapat kesan kepala yang satu lagi??? dan bayi berkenaan tidak dapat hidup lama kerana kekurangan oksigen.. kerana kedua2 kepala si bayi berfungsi dan ingin kan oksigen yang lebih dari biasa...

Moga dari kejadian ini... jangan lah kita menanggap perkara-perkara yang buruk mahupun tahyul... kerana semua ini kehendak Dari-Nya...
Amin...

Wednesday, December 21, 2011

myMetro | ‘Saya hidu bau hangit’

myMetro | ‘Saya hidu bau hangit’

Link di atas mengenai berita terbaru kemalangan di kawasan dekat kelahiran ku... dari pembacaan dan keadaan yang si penulis ceritakan.. memang amat mengerikan.. apatah lagi keluarga saudara suamiku dalam perjalanan ke ranau awal pagi kelmarin dan dikhabarkan terdapat tanah runtuh di jalan tamparuli ke ranau tersebut... moga perjalanan pergi dan kembali mereka selamat.... daripada kejadian ini haruslah di ambil iktibar... di mana bas perlu di servis jika mempunyai sebarang kerosakan dan pemandu perlu lah berhati-hati... pada penumpang pula jangan terlalu mendesak si pemandu .. kerana ia menyebabkan tekanan perasaan pada si pemandu yang sememangnya mempunyai tekanan dalam keselamatan penumpangnya....