JOM!!! SHARE...

...pengunjung...

Radio Internet Sabahan-KinabaluFM

Monday, September 23, 2024

MELETUS LAGI BOM

Di awal pagi yang cerah, badan masih lemah dari demam, hati masih rapuh, sekolah pun baru bermula dari bercuti seminggu.
Tetiba di pagi ini, meledak secara tetiba entah mengapa. Kaluar perkataan makian wajibnya. Sengaja di besarkan suaranya supaya didengari seisi rumah. Bukan lagi serumah dengar, jiran sebelah pun dengar. Apa tidak, selang berapa langkah saja ke rumah sebelah. Nasib baik sedara, dan faham perangainya.
Saya yang duduk bersarapan, terasa tawar. Teruskan sahaja telan walau tiada rasanya. Seperti kehidupan ini. Tidak terasa keindahannya, namun terus berjuang demi kehidupan.
Entah sampai bila harus berkeadaan begini. Sampai Salah seorang dari kami tiada lagi dalam dunia ini. Adakah sehingga keadaan seperti itu. Ya dari luaran tiada masalah, namun hati ini rasanya sudah kecut tak bermaya, tiada tenaga teruskan kehidupan. Hanya fikiran pada anak yang mengepam hati dan perasaan ini kembali hidup.
Syukur, akal fikiran masih boleh berfikir. Selagi akal fikiran ada pada anak, hati dan perasaan terus hidup walau berada di hujung tanduk. Syukur akal fikiran berfungsi menghantar rasa simpati walau tidak lagi menghormati. 
Hormat? Sudah lama menghilang. Kenapa mahu menghormati orang yang menyakitkan hati. Bukan sekali, berkali-kali. Tidak pernah serik. Egois juga sekali. Tidak menerima apa pun. Memberi ya. Tapi tidak seikhlas hati. Diungkit. Malah pandai kata mencuri, padahal dia yang memberi. Pertolongan juga tidak menerima. Katanya di setiap pertolongan ada maksud disebaliknya. Difikir ambil hatinya untuk ambil hartanya. Entah. Pertama kali didengari. Padahal kita hanya ingin merasa ada orang tua bersama kerana sudah berpisah dengan orang tua di kampung.
Bila masa nak bersama teman yang lain, nak berlakon hilangkan perasaan Dan fikiran pada perkara negatif ini, rasanya belum dapat lagi. Dunia ini adalah pentas. Begitu juga pentas alam maya. Tempat kita berlakon menjadi orang lain. Namun saya tak dapat buat seperti mereka. Lakonan saya asyik tidak menjadi. Saya asyik jatuh dalam perasaan diri sendiri.

Wednesday, October 31, 2012

Penipuan

Cerita hangat pada hari ini...

Cerita bermula ketika lahirnya seorang baby yang di lihat oleh ayahnya adalah yang paling BIDA...(hodoh)... anak tersebut tidak menyerupai wajah ayah mahupun ibunya. Lelaki tersebut mensyaki dia ditipu oleh isterinya, dan isterinya mengaku bersalah. Si isteri sebenarnya mempunyai wajah yang BIDA (hodoh), namun telah membuat pembedahan plastik, dan dia memberi gambar sebelum dan selepas pembedahan kepada suaminya. Suaminya yang rasa berang dan tertipu, dia pun membawa masalah ini ke mahkamah dan memenangi kes ini... dan dia mengatakan, si isteri mengubah dirinya hanya untuk mendapatkan dirinya (berkahwin dengannya).

*Kalau terjadi sama kamurang.. apa kamu mo buat? >_<

Link cerita sebenar sila klik chinese-man-sues-wife-being-ugly-

Wednesday, October 24, 2012

SuaTu Kisah DI JamBatan AntaRa Dua HaTi: Masalah Laptop tidak dapat dihidupkan

SuaTu Kisah DI JamBatan AntaRa Dua HaTi: Masalah Laptop tidak dapat dihidupkan: Syukur Alhamdulillah... laptop saya yang telah tersadai selama setengah tahun kembali berfungsi. Masalah utama tidak di ketahui, namun yang ...